ANCAMAN GERAKAN ANTIVAKSIN

Perkataan antivaksin dan gerakan antivaksin bukan baru tetapi sudah dikenal keujudannya semenjak awal abad ke 18 lagi. Kalau kita menulis perkataan antivaksin di atas injin pencarian goggle, tidak terkira banyaknya perkataan ini digunakan di dalam rencana dan jurnal antarabangsa. Jadi tidak ada sebab untuk mempertikaikan keujudannya. Terdapat sekurang2nya 3 kategori orang ramai yang mempunyai tanggapan berbeza terhadap vaksin. Pertama, golongan yang positif, menyahut tuntutan vaksinasi untuk diri mereka serta ahli keluarga. Kumpulan kedua adalah mereka yang was-was ataupun skeptik tetapi terbuka kepada pandangan mana2 pihak. Mereka mungkin bersetuju untuk ambil satu vaksin tetapi enggan mengambil vaksin lain dan pendirian ini boleh berubah bergantung kepada maklumat yang mereka terima. Inilah kumpulan atas pagar yang menjadi tumpuan pendidikan kesihatan dan memperbetulkan kefahaman. Kumpulan ketiga adalah yang menolak vaksin secara total dan sangat tegar pegangan mereka walaupun s...